ISI
KANDUNGAN
Sejarah Penubuhan Baitulmal
Institusi
kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak
dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi.Tetapi
Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan
Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan
negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang
diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan
negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan
kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan
lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi
Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.
Institusi
Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar
bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan
menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini,
harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara
serta-merta.Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin
Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada
Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat.Pada peringkat awalnya,
perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwa.
Pada
zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan
begitu pesat.Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke
Afrika, Rom dan Constantinople.Sumber pendapatan Negara yang paling penting
pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.
Pada
zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke
Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang
terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada
perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali
ganda.Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik
permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal.Institusi Baitulmal di bawah
pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila
berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib
(1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang
sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam.
Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang
zakat, fitrah, zakat harta dan wakaf.
Penubuhan Baitulmal sangat penting
dalam membantu perkembangan ekonomi Islam.Fungsi utama: membantu golongan
miskin dan kurang bernasib baik sekaligus dapat mengurangkan jurang perbezaan
antara golongan kaya dan miskin.Bantuan berbentuk makanan, tempat tinggal.Baitulmal
ialah sumber utama memperkukuh angkatan tentera Islam.Dapat
menjamin Negara Islam daripada ancaman musuh yang memang memiliki kekuatan
angkatan tentera.Cth semasa pemerintahan Khalifah
Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuh angkatan tentera Islam
yang diancam oleh tentera Byzantine
Juga
berfungsi menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.Melibatkan
kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tenteraSemasa pemerintahan
Khalifah Umar al Khattab, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan
tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang batu
ditakluk.Kesannya,
ia dapat membantu memakmurkan Negara daripada berlaku perselisihan faham untuk
memiliki tanah. Juga bertanggungjawab menyelaraskan
kutipan dan agihan harta berlandaskan syariat Islam.Harta baitulmal tidak boleh diguna sesuka hati malah
pengagihannya mesti adilCth semasa pemerintahan Khalifah Ali, beliau tidak
pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan Muawiyah
walaupun didesak para sahabat.Pembayaran wang zakat dan lain-lain harta kepada
Baitulmal telah membersihkan jiwa seseorang dan menyucikan harta sebagimana
saranan ajaran Islam.
No comments:
Post a Comment