Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang
akan menyelenggara semua sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Baitulmal
juga dijadikan tempat menyimpan barangan berharga seperti emas, perak, batu
permata, barangan perhiasan serta harta amanah seperti wakaf.
Baitulmal telah muncul seawal pemerintahan Khalifah
Abu Bakar al Siddiq.Terdapat sejarawan menyatakan Abu Ubaidah merupakan
pemegang kunci baitulmal ketika itu.Namun, pelaksanaan baitulmal ketika itu
masih di peringkat permulaan atau secara tidak rasmi.
Baitulmal menjadi semakin penting di zaman Khalifah
Umar al Khattab ekoran kepelbagaian sumber pendapatan negara iaitu zakat,
fay, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah.Pentadbiran baitulmal berpusat
di Madinah dan cawangan ditubuhkan di setiap wilayah Islam.Pegawai dilantik
untuk mengurus baitulmal di peringkat pusat dan wilayah.
Baginda juga telah menyediakan buku kira-kira untuk
mengenalpasti perbelanjaan dan pendapatan secara sistematik.Baginda melarang
kemasukan atau pengeluaran sesuatu yang bertentangan dengan syarak.Sebarang
tindakan untuk kepentingan peribadi adalah diharamkan kerana harta itu adalah
amanah Allah SWT.
Semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan, telah timbul kontroversi tentang baitulmal. Baginda
telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan
keluarganya. Selain itu, baginda juga
dipercayai mengerah rakyat membayar cukai dalam kadar yang tinggi. Harta
rampasan perang tidak diagihkan seperti sebelum ini.
Walau bagaimanapun, tuduhan bahawa baginda mengambil
harta baitulmal adalah tidak tepat kerana baginda terkenal dengan kekayaan
serta bersifat dermawan.Bagi menambah harta baitulmal, baginda telah
menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum keluarganya.Rumah baginda
dijadikan baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang
sebenarnya.
Baitulmal masih terus dilaksanakan semasa
pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib walaupun dalam kesibukan menghadapi
krisis dalaman. Khalifah Ali amat menegaskan harta baitulmal sebagai amanah
Allah SWT.Buktinya, beliau menolak cadangan para pengikutnya agar mengambil
sebahagian harta baitulmal bagi menguatkan tentera bagi menangkis serangan
tentera Muawiyah.Kejujuran baginda juga terserlah setelah enggan memenuhi
permintaan saudaranya, Aqil yang meminta sedikit harta baitulmal.
Baitulmal dapat menyelaraskan kutipan dan agihan
harta berasaskan syariat Islam.Harta
Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.Pengagihannya mestilah adil dan
saksama.Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta
Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat
desakan daripada para sahabat.Ia juga menyalurkan sumber kewangan bagi
perbelanjaan kerajaan pusat. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun
kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah
mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan
memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan
negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.
Dari segi ketenteraan ia dapat sumber utama
memperkukuhkan angkatan tentera.Penting
bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan
tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan
untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada
tentera Byzantine.manakala dari segi ekonimi iamembantu perkembangan ekonomi
Islam.Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.Dapat mengurangkan
jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.Bentuk bantuan
seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
saya suka fungsi dan peranan baitulmal
ReplyDeletesaya suka fungsi dan peranan baitulmal
ReplyDeleteAnak saudara saya sejak lahir hingga sekarang berapa di dalam wad ICU kanak kanak Hospital Taiping.beliau dilahirkan tidak cukup bulan(8bulan).pada ketika itu kesihatannya amat kritikal.Terkesan jantungnya berlobang Dan BERSIFAT downsindrom.pembedahan jantung telah di buat.di Hospital SERDANG . Kesihatannya
ReplyDeleteMasih tidak menentu dgn GEJALA penyakit
Pada paru paru Dan Kemungkinan akan di bedah sekali lagi pada Dis 2018.YANG MENYEDIHKAN bapanya adalah amat tidak berkemampuan dari segi urusan perbelanjaan keluarga Dan urusan kelola tanggungan perbelanjaan hospital.BELIAU TELAH MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN TANGGUNGAN KEPADA BAITULMAL, YG MANA BELIAU PERCAYA BAHAWA DIA ADALAH GOLONGAN ORANG MISKIN DAN TIDAK BERUPAYA MENANGGUNG PERBELANJAAN ATAS MASALAH DI ATAS. MALANGNYA FUNGSI FUNGSI BAITULMAL HANYA MENETAP SEBAGAI CATATAN DI ATAS KERTAS DAN DLM WEBSITE. KENAPA SAYA BERKATA BEGINI? BAITULMAL MEMENTINGKAN BANTUAN KEPADA KERAJAAN
UNTUK MEMBINA JALANRAYA BUKANNYA MENYAMBUNGKAN KEHIDUPAN YG MEMERLUKAN.
TIADA TANGGUNGJAWAB DAN PEMALAS UNTUK MEMERIKSA DGN MATA KEPALA SENDIRI SETIAP PERMOHONAN. TAPISAN DAN SEMAKAN SETAKAT DIATAS KERUSI KUSYEN YG EMPOK. SEPATUTNYA PETUGAS BAITULMAL DUDUK ATAS LANTAI BERSILA DAN MEMBANTU ORG YG MEMERLUKAN. JIKA TIDAK DAPAT Membantu ATAS PENDIRIAN MALAS DAN BERSENANG LENANG DLM PEJABAT, SEBAIKNYA BERHENTI KERJA ATAU KAMU SEMUA SAYA TAFSIRKAN SEBAGAI
MANUSIA PENGKHINAT AMANAH TUHAN. BANGUNLAH DARI TIDUR..JASAD AKAN MATI ROH AKAN DI DAKWA DI AKHIRAT KELAK INSYA ALLAH. MASIN KALAM SAYA.
assallammualaikum,,, Saya telah berusaha mencari waris simati yangmana simati adalah seorang Muaalaf yang meniggal dunia pada tahun 1996.dalam pencarian waris simati Saya telah bertemu dengan waris simati tetapi tidak beragama Islam. simati tidak mempunyai anak dan waris beragama Islam semasa kematian.oleh itu semua harta simati telah diserahkan kepada MUIP negeri pahang. simati Ada meninggalkan sebidang tanah paya seluas 2.5 ekar dan wang di ASB Dan ASN. Soalannya sekarang bolehkah saya membeli tanah tersebut daripada Baitulmal negeri pahang. jika tidak boleh apakah alasannya mengikut hukum syarak. jika boleh apakah syarat dan peraturanya.
ReplyDeleteTerima kasih ini sgt berguna utk pelajar spm😊😊😊
ReplyDelete