INSTITUT BAITULMAL DI KUALA LUMPUR
Monday, 19 August 2013
DEFINISI BAITULMAL
BAITULMAL
Pendahuluan
Definisi baitulmal:
Baitulmal merupakan satu istilah
bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali
sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan
yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan
barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga
berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam.
Maka dengan itu
tanggungjawab utama Baitulmal MAIM adalah menguruskan harta-harta dan kewangan
yang dimiliki dan diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka seperti zakat,
harta wakaf dan sumber lain yang dibenarkan oleh syarak dalam usaha membantu
umat Islam demi pembangunan sosio ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan
Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam
secara terkumpul.
ISI
KANDUNGAN
Sejarah Penubuhan Baitulmal
Institusi
kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak
dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi.Tetapi
Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan
Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan
negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang
diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan
negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan
kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan
lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi
Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.
Institusi
Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar
bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan
menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini,
harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara
serta-merta.Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin
Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada
Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat.Pada peringkat awalnya,
perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwa.
Pada
zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan
begitu pesat.Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke
Afrika, Rom dan Constantinople.Sumber pendapatan Negara yang paling penting
pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.
Pada
zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke
Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang
terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada
perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali
ganda.Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik
permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal.Institusi Baitulmal di bawah
pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila
berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib
(1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang
sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam.
Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang
zakat, fitrah, zakat harta dan wakaf.
Penubuhan Baitulmal sangat penting
dalam membantu perkembangan ekonomi Islam.Fungsi utama: membantu golongan
miskin dan kurang bernasib baik sekaligus dapat mengurangkan jurang perbezaan
antara golongan kaya dan miskin.Bantuan berbentuk makanan, tempat tinggal.Baitulmal
ialah sumber utama memperkukuh angkatan tentera Islam.Dapat
menjamin Negara Islam daripada ancaman musuh yang memang memiliki kekuatan
angkatan tentera.Cth semasa pemerintahan Khalifah
Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuh angkatan tentera Islam
yang diancam oleh tentera Byzantine
Juga
berfungsi menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.Melibatkan
kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tenteraSemasa pemerintahan
Khalifah Umar al Khattab, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan
tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang batu
ditakluk.Kesannya,
ia dapat membantu memakmurkan Negara daripada berlaku perselisihan faham untuk
memiliki tanah. Juga bertanggungjawab menyelaraskan
kutipan dan agihan harta berlandaskan syariat Islam.Harta baitulmal tidak boleh diguna sesuka hati malah
pengagihannya mesti adilCth semasa pemerintahan Khalifah Ali, beliau tidak
pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan Muawiyah
walaupun didesak para sahabat.Pembayaran wang zakat dan lain-lain harta kepada
Baitulmal telah membersihkan jiwa seseorang dan menyucikan harta sebagimana
saranan ajaran Islam.
FUNGSI DAN PERANAN BAITULMAL
Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang
akan menyelenggara semua sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Baitulmal
juga dijadikan tempat menyimpan barangan berharga seperti emas, perak, batu
permata, barangan perhiasan serta harta amanah seperti wakaf.
Baitulmal telah muncul seawal pemerintahan Khalifah
Abu Bakar al Siddiq.Terdapat sejarawan menyatakan Abu Ubaidah merupakan
pemegang kunci baitulmal ketika itu.Namun, pelaksanaan baitulmal ketika itu
masih di peringkat permulaan atau secara tidak rasmi.
Baitulmal menjadi semakin penting di zaman Khalifah
Umar al Khattab ekoran kepelbagaian sumber pendapatan negara iaitu zakat,
fay, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah.Pentadbiran baitulmal berpusat
di Madinah dan cawangan ditubuhkan di setiap wilayah Islam.Pegawai dilantik
untuk mengurus baitulmal di peringkat pusat dan wilayah.
Baginda juga telah menyediakan buku kira-kira untuk
mengenalpasti perbelanjaan dan pendapatan secara sistematik.Baginda melarang
kemasukan atau pengeluaran sesuatu yang bertentangan dengan syarak.Sebarang
tindakan untuk kepentingan peribadi adalah diharamkan kerana harta itu adalah
amanah Allah SWT.
Semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan, telah timbul kontroversi tentang baitulmal. Baginda
telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan
keluarganya. Selain itu, baginda juga
dipercayai mengerah rakyat membayar cukai dalam kadar yang tinggi. Harta
rampasan perang tidak diagihkan seperti sebelum ini.
Walau bagaimanapun, tuduhan bahawa baginda mengambil
harta baitulmal adalah tidak tepat kerana baginda terkenal dengan kekayaan
serta bersifat dermawan.Bagi menambah harta baitulmal, baginda telah
menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum keluarganya.Rumah baginda
dijadikan baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang
sebenarnya.
Baitulmal masih terus dilaksanakan semasa
pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib walaupun dalam kesibukan menghadapi
krisis dalaman. Khalifah Ali amat menegaskan harta baitulmal sebagai amanah
Allah SWT.Buktinya, beliau menolak cadangan para pengikutnya agar mengambil
sebahagian harta baitulmal bagi menguatkan tentera bagi menangkis serangan
tentera Muawiyah.Kejujuran baginda juga terserlah setelah enggan memenuhi
permintaan saudaranya, Aqil yang meminta sedikit harta baitulmal.
Baitulmal dapat menyelaraskan kutipan dan agihan
harta berasaskan syariat Islam.Harta
Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.Pengagihannya mestilah adil dan
saksama.Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta
Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat
desakan daripada para sahabat.Ia juga menyalurkan sumber kewangan bagi
perbelanjaan kerajaan pusat. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun
kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah
mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan
memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan
negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.
Dari segi ketenteraan ia dapat sumber utama
memperkukuhkan angkatan tentera.Penting
bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan
tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan
untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada
tentera Byzantine.manakala dari segi ekonimi iamembantu perkembangan ekonomi
Islam.Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.Dapat mengurangkan
jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.Bentuk bantuan
seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
KESIMPULAN
kesimpulan
S Sememangnya
Baitulmal memainkan peranan yang sangat penting dalam memaju dan memperkembang
system ekonomi Islam.Penubuhannya telah menjadi salah satu faktor
kemajuan negara Islam yang sangat bergantung pada kestabilan ekonomiPelaksanaan Baitulmal
pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak
berlaku penyelewengan. Baitul mal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)