Monday, 19 August 2013

 

INSTITUT BAITULMAL DI KUALA LUMPUR

DEFINISI BAITULMAL

BAITULMAL

Pendahuluan

Definisi baitulmal:

Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam.

Maka dengan itu tanggungjawab utama Baitulmal MAIM adalah menguruskan harta-harta dan kewangan yang dimiliki dan diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka seperti zakat, harta wakaf dan sumber lain yang dibenarkan oleh syarak dalam usaha membantu umat Islam demi pembangunan sosio ekonomi dan pembasmian kemiskinan. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung memperniagakan harta umat islam secara terkumpul.
ISI KANDUNGAN

Sejarah Penubuhan Baitulmal

Institusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi.Tetapi Baitulmal dalam erti kata yang sebenar belum lagi wujud kerana pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.faktor inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara penggunaannya pada ketika itu.


Institusi Baitulmal ini secara rasminya telah wujud pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan Islam banyak melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul manjadi amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta.Khalifah Umar menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin Al-Walid untuk menubuhkan satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta ijtihad para Sahabat.Pada peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali sebagai Diwa.



Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah berkembang dengan begitu pesat.Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople.Sumber pendapatan Negara yang paling penting pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai dan Jizyah.


Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat pemerintahan Islam telah berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling strategik dan juga merupakan yang terpenting bagi urusan perdagangan antara Timur dan Barat. Kesan daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal telah berkembang berlipat kali ganda.Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal.Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi dengan baik dan teratur. Apabila berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara Islam selepas era Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan terhad kepada pengumpulan dan pengagihan wang zakat, fitrah, zakat harta dan wakaf.

  Penubuhan Baitulmal sangat penting dalam membantu perkembangan ekonomi Islam.Fungsi utama: membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik sekaligus dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin.Bantuan berbentuk makanan, tempat tinggal.Baitulmal ialah sumber utama memperkukuh angkatan tentera Islam.Dapat menjamin Negara Islam daripada ancaman musuh yang memang memiliki kekuatan angkatan tentera.Cth semasa pemerintahan Khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuh angkatan tentera Islam yang diancam oleh tentera Byzantine






Juga berfungsi menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tenteraSemasa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang batu ditakluk.Kesannya, ia dapat membantu memakmurkan Negara daripada berlaku perselisihan faham untuk memiliki tanah. Juga bertanggungjawab menyelaraskan kutipan dan agihan harta berlandaskan syariat Islam.Harta baitulmal tidak boleh diguna sesuka hati malah pengagihannya mesti adilCth semasa pemerintahan Khalifah Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan Muawiyah walaupun didesak para sahabat.Pembayaran wang zakat dan lain-lain harta kepada Baitulmal telah membersihkan jiwa seseorang dan menyucikan harta sebagimana saranan ajaran Islam.

FUNGSI DAN PERANAN BAITULMAL

 FUNGSI DAN PERANAN BAITLUMAL

Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang akan menyelenggara semua sumber pendapatan dan perbelanjaan negara. Baitulmal juga dijadikan tempat menyimpan barangan berharga seperti emas, perak, batu permata, barangan perhiasan serta harta amanah seperti wakaf.
Baitulmal telah muncul seawal pemerintahan Khalifah Abu Bakar al Siddiq.Terdapat sejarawan menyatakan Abu Ubaidah merupakan pemegang kunci baitulmal ketika itu.Namun, pelaksanaan baitulmal ketika itu masih di peringkat permulaan atau secara tidak rasmi.
Baitulmal menjadi semakin penting di zaman Khalifah Umar al Khattab ekoran kepelbagaian sumber pendapatan negara iaitu zakat, fay, jizyah, sedekah, kharaj, usyur dan ghanimah.Pentadbiran baitulmal berpusat di Madinah dan cawangan ditubuhkan di setiap wilayah Islam.Pegawai dilantik untuk mengurus baitulmal di peringkat pusat dan wilayah.
Baginda juga telah menyediakan buku kira-kira untuk mengenalpasti perbelanjaan dan pendapatan secara sistematik.Baginda melarang kemasukan atau pengeluaran sesuatu yang bertentangan dengan syarak.Sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi adalah diharamkan kerana harta itu adalah amanah Allah SWT.
Semasa zaman Khalifah Uthman bin Affan, telah timbul kontroversi tentang baitulmal. Baginda telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya.  Selain itu, baginda juga dipercayai mengerah rakyat membayar cukai dalam kadar yang tinggi. Harta rampasan perang tidak diagihkan seperti sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tuduhan bahawa baginda mengambil harta baitulmal adalah tidak tepat kerana baginda terkenal dengan kekayaan serta bersifat dermawan.Bagi menambah harta baitulmal, baginda telah menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum keluarganya.Rumah baginda dijadikan baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang sebenarnya.
Baitulmal masih terus dilaksanakan semasa pemerintahan Khalifah Ali bin Abu Talib walaupun dalam kesibukan menghadapi krisis dalaman. Khalifah Ali amat menegaskan harta baitulmal sebagai amanah Allah SWT.Buktinya, beliau menolak cadangan para pengikutnya agar mengambil sebahagian harta baitulmal bagi menguatkan tentera bagi menangkis serangan tentera Muawiyah.Kejujuran baginda juga terserlah setelah enggan memenuhi permintaan saudaranya, Aqil yang meminta sedikit harta baitulmal.
Baitulmal dapat menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam.Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati.Pengagihannya mestilah adil dan saksama.Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.Ia juga menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.

Dari segi ketenteraan ia dapat sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera.Penting bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.manakala dari segi ekonimi iamembantu perkembangan ekonomi Islam.Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

KESIMPULAN

kesimpulan

   
S  Sememangnya Baitulmal memainkan peranan yang sangat penting dalam memaju dan memperkembang system ekonomi Islam.Penubuhannya telah menjadi salah satu faktor kemajuan negara Islam yang sangat bergantung pada kestabilan ekonomiPelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan. Baitul mal dapat meningkatkan ekonomi masyarakat Islam.